Ilmu, Teknologi dan SDGs : Inisiatif LESTARI bersama IADA Pekan

24 Disember 2025 – Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan satu sesi mesyuarat dan lawatan kawasan kajian bersama Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pekan, Pahang pada 23-24 Disember 2025 di IADA Pekan, Pahang. Aktiviti ini dilaksanakan di bawah projek Dana Universiti Penyeldiikan (GUP) yang diketuai oleh Dr. Nor Diana Mohd Idris, selaras dengan keperluan penyelidikan berimpak yang menyokong agenda kelestarian dan keselamatan makanan negara, selain turut menggalakkan pengukuhan kerjasama akademik-agensi secara strategik.

Penganjuran program selama dua hari ini bertujuan untuk membincangkan status serta cabaran penerimaan dan penggunaan teknologi pertanian dalam kalangan petani padi, di samping mengenal pasti faktor sosio-ekonomi yang mempengaruhi tingkah laku petani terhadap inovasi teknologi. Aktiviti yang dijalankan merangkumi sesi perbincangan bersama pegawai IADA, mesyuarat penyelarasan dengan enumerator serta lawatan ke kawasan kajian bagi mengenal pasti responden kajian.

Disediakan oleh Dr. Nor Diana Mohd Idris
24 Disember 2025