Persidangan Tahunan CCOP Kali Ke-61

6 November 2025Coordinating Committee for Geoscience Programmes in East and Southeast Asia (CCOP) merupakan organisasi antara kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1966 untuk mengukuhkan kerjasama geosains di Asia Timur dan Tenggara. Bermula dengan fokus dalam penerokaan petroleum dan mineral, CCOP kini berkembang merangkumi sumber air tanah, geobahaya, dan perubahan iklim. Program sesi tahunan CCOP ke-61 kali ini telah berlangsung di Vientiane, Lao PDR pada 2 hingga 6 November 2025. Program anjuran Sekretariat Teknikal CCOP dengan kerjasama Department of Geology and Mines, Ministry of Industry and Commerce, Lao PDR ini dihadiri lebih 150 delegasi daripada 11 negara ahli, termasuk Malaysia.

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) mewakili UKM sebagai ahli Organisasi Kerjasama, dihadiri oleh PGeol. Dr. Lim Choun Sian dan Dato’ Yunus Abdul Razak (Naib Pengerusi Kumpulan Penasihat CCOP dan Felo Kehormat SEADPRI). Mereka terlibat dalam mesyuarat Kumpulan Penasihat untuk menyemak aspek teknikal dan saintifik program kerja CCOP serta membincangkan Pelan Strategik CCOP 2026-2030. LESTARI turut membentangkan hasil kolaborasi penyelidikan bersama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan British Geological Survey. Program ini memperkukuh kerjasama serantau dalam menangani isu pembangunan lestari seperti bandar berdaya tahan bencana dan pembangunan geosaintis muda.

Disediakan oleh PGeol. Dr. Lim Choun Sian
6 November 2025