Kuliah Umum ‘Ekologi Landskap’ kepada Pelajar Universitas Brawijaya, Indonesia

21 November 2025 – Sekitar November 2025, Prof. Madya Dr. Saiful Arif Abdullah, Felo Kanan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM telah dijemput bagi menyampaikan kuliah Ekologi Landskap kepada para pelajar pasca-siswazah Fakulti Matematik dan Sains Sumber Alam, Universitas Brawijaya, Indonesia. Dua topik yang disampaikan oleh beliau ialah Introduction to Landscape Ecology (14 November 2025) dan Landscape Diversity and Conservation (21 November 2025). Aktiviti ini menyokong penglibatan kepakaran ahli akademik LESTARI dalam bidang ekologi landskap, selaras dengan mandat institut dalam memperluas impak penyelidikan dan pendidikan berkaitan pembangunan lestari.

Dalam kuliah yang dilaksanakan secara atas talian tersebut, Prof. Madya Dr. Saiful telah membincangkan teori dan konsep utama dalam ekologi landskap serta menghuraikan aplikasi praktikal konsep-konsep tersebut dalam perancangan pemuliharaan sumber-sumber semula jadi. Secara keseluruhannya, aktiviti ini berpotensi memberi impak yang signifikan terhadap peningkatan pemahaman pelajar pasca-siswazah terhadap pendekatan saintifik dan strategik dalam pengurusan landskap dan pemuliharaan, di samping memperkukuh hubungan akademik antara institusi serta menyumbang kepada pembangunan kapasiti keilmuan di peringkat antarabangsa.

Disediakan oleh PM Dr. Saiful Arif Abdullah
21 November 2025