Penerangan Pelan Tindakan Perubahan Iklim kepada PBT Negeri Selangor

6 Mac 2025 – Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan Dasar Perubahan Iklim Negeri Selangor untuk diguna pakai sebagai dokumen rujukan bagi rangka kerja tindakan mitigasi dan adaptasi dalam mencapai pembangunan berdaya tahan iklim. Sebagai pakar rujuk, Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) telah dijemput menghadiri mesyuarat yang diadakan bagi memberi penerangan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor mengenai kajian Dasar Perubahan Iklim Negeri Selangor dan membincangkan aspek-aspek berkaitan pelan tindakan di peringkat PBT. Prof. Dr. Joy Jacqueline Pereira telah dijemput untuk membentang dan memberi penerangan kepada semua wakil PBT Negeri Selangor. Mesyuarat turut dihadiri wakil daripada Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Negeri Selangor dan tiga penyelidik Kajian Dasar Perubahan Iklim Negeri Selangor.
Disediakan oleh Prof. Dr. Joy Jacqueline Pereira
6 Mac 2025