Webinar Pencalonan Pakar Laporan Penilaian Ketujuh (AR7) IPCC di Malaysia

10 April 2025 – Satu webinar mengenai proses pencalonan pakar untuk Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) – Seventh Assessment Report (AR7) telah dianjurkan oleh MyCLIMATE di bawah Pusat IDEA UKM pada 10 April 2025. Sesi yang berlangsung dari jam 4.00 hingga 5.30 petang ini memberi penerangan terperinci mengenai garis besar AR7 serta tanggungjawab penulis IPCC. Prof. Joy Jacqueline Pereira berperanan sebagai penyelaras dan penyumbang teknikal, termasuk menyalurkan maklumat kepada penyelidik tempatan, memberi panduan mengenai syarat pencalonan, serta menyokong usaha negara dalam meningkatkan penyertaan Malaysia dalam IPCC. Seramai 45 penyelidik tempatan menghadiri sesi ini bagi memahami proses pencalonan, termasuk keperluan menghantar permohonan melalui National Focal Point sebelum tarikh tutup pada 17 April 2025. Program ini berpotensi meningkatkan penyertaan Malaysia dalam pembangunan sains iklim global, memperkukuh keupayaan penyelidik, dan mengukuhkan peranan SEADPRI, LESTARI sebagai pusat rujukan ilmu perubahan iklim di peringkat nasional dan antarabangsa.

Disediakan oleh Prof. Dr. Joy Jacqueline Pereira
10 April 2025