Bengkel Kerja Training of Trainers Modul Pendidikan Pengurangan Risiko Bencana Siri-2

24 September 2025 – Bengkel Kerja Training of Trainers Modul Pendidikan Pengurangan Risiko Bencana Siri 2 telah berjaya dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khusus untuk pelaksanaan Modul Pendidikan Pengurangan Risiko Bencana di peringkat daerah untuk seluruh Malaysia. Seramai tak lebih 100 peserta merangkumi Pegawai Pendidikan Daerah seluruh negeri hadir terlibat untuk bengkel ini. Gs. Dr. Nurfashareena Muhamad, Ketua Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI), LESTARI dilantik oleh KPM sebagai Fasilitator Modul sepanjang sesi bengkel yang dijalankan di Port Dickson, Negeri Sembilan ini.

Modul yang dibangunkan secara bersama oleh KPM, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), United Nations Children’s Fund (UNICEF) dan SEADPRI ini bertujuan untuk menyampaikan pendidikan kepada murid berkaitan langkah-langkah pengurangan risiko bencana selaras dengan hasrat Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030. Bengkel ToT yang dijalankan ini merupakan persediaan sebelum pelancaran rasmi modul pada bulan Oktober 2025 nanti.
Disediakan oleh Gs. Dr. Nurfashareena Muhamad
24 September 2025