28 Jan 2026 – Mengasah Kemahiran Pemandu Pelancong Lenggong Geopark Melalui Kursus CTRE

28 Januari 2026 – Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Geotaman (PPG), LESTARI dan Lenggong Geopark telah menganjurkan “Program Peningkatan Kemahiran (Upskilling) Pemandu Pelancong Lenggong Geopark: Continuous Tourism Related Education (CTRE) Course – Lenggong Geopark & Georintis Tasik Raban” pada 26 hingga 28 Januari 2026. Program ini adalah sebahagian daripada output bagi Kajian Translasional Dana KPT bertajuk “Aplikasi Biotapak Tasik Raban untuk Pemerkasaan Komuniti Setempat ke arah Aspirasi Lenggong UNESCO Global Geopark”. Seramai 45 peserta mengikuti kursus ini, terdiri daripada pemandu pelancong, operator pelancongan, pemandu bot pelancong dan pengusaha pelancongan.

Kursus selama tiga hari ini bertujuan memperkukuh pengetahuan dan kemahiran geoguide dalam aspek geologi, kepelbagaian biologi, warisan budaya serta amalan geopelancongan lestari. Penyertaan dalam kursus ini melayakkan para peserta menerima 6 mata CTRE bagi tujuan pembaharuan lesen geoguide untuk tempoh tiga (3) tahun. Penceramah daripada PPG terdiri daripada Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo dan Prof. Dr. Norhayati Ahmad selain daripada pakar bidang lain seperti Prof. Dato’ Dr. Mokhtar Saidin (GGCS S/B), Prof. Dr. Mohd Nazre Saleh (UPM), Dr. Nor Khairunnisa Talib (USM), Ts. Dr. Mohd Hafizal Ismail (UPM), Dr. Zulhafiz Mohd Said (UPM) dan lain-lain.

Disediakan oleh Prof. Dr. Norhayati Ahmad
28 Januari 2026