7 Ogos 2025 – Memperkasa Dasar Perubahan Iklim: Sinergi Strategik Selangor Bersama PBT

7 Ogos 2025 – Bengkel Penyelarasan Pelaksanaan Dasar Perubahan Iklim Negeri Selangor (DPINS) telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar bersama Pusat Adaptasi Perubahan Iklim (SCAC). Program ini menghimpunkan 90 wakil daripada 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menyelaraskan inisiatif kelestarian, termasuk Pelan Tindakan Plastik Sekali Guna. Prof. Dr. Joy Jacqueline Pereira, Felo Utama Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI), LESTARI, UKM hadir memberikan input kepakaran terhadap pembentangan strategi oleh 12 PBT Selangor. Peranan beliau memastikan setiap pelan tindakan tempatan selari dengan kerangka teknikal yang mampan.
Bengkel ini amat penting untuk mendapatkan input kritikal bagi pembangunan Pelan Tindakan Perubahan Iklim PBT serta garis panduan polisi peringkat negeri. Impaknya, sinergi ini memperkukuh kesediaan Selangor dalam merangka perancangan adaptasi iklim yang lebih holistik, efisien dan berdaya tahan demi masa hadapan negeri yang lebih hijau.
Disediakan oleh Puteri Amirah Nabilah Azman
7 Ogos 2025