5 Disember 2025 – Prof. Joy dan Ratusan Pakar Dunia Berhimpun di Paris bagi Merangka Draf Laporan Penilaian Ketujuh IPCC

5 Disember 2025 – Pada 1 hingga 5 Disember 2025, Paris menjadi tumpuan dunia apabila lebih 600 pakar dari 100 buah negara berhimpun untuk Mesyuarat Penulis Utama Bersama yang pertama bagi Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC). Dianjurkan oleh Kerajaan Perancis, acara bersejarah ini bertujuan merangka draf awal Laporan Penilaian Ketujuh (AR7).

Prof. Dr. Joy Jacqueline Pereira sebagai Pengerusi Bersama Kumpulan Kerja III (Co-Chair of Working Group III) telah memandu arah penilaian saintifik berkaitan mitigasi perubahan iklim bagi memastikan data dan suara serantau diwakili dengan teliti di peringkat global. Impak penglibatan beliau dan mesyuarat ini amat signifikan. Ia bakal memacu lonjakan kualitatif dalam menangani isu silang disiplin iklim. Laporan AR7 ini kelak menjadi rujukan utama penggubal dasar, memastikan tindakan iklim berakar umbikan sains yang kukuh demi kelestarian bumi.

Disediakan oleh Puteri Amirah Nabilah Azman
5 Disember 2025