2 Julai 2025 – Penyertaan Mesyuarat Biro Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) Ke-69, Geneva, Switzerland

2 Julai 2025 – Mesyuarat Biro Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) Ke-69 (BUR-69) telah berlangsung pada 30 Jun hingga 2 Julai 2025 di Geneva, Switzerland. Sesi rasmi pada 2 Julai 2025 ini menghimpunkan 85 peserta dan memberi tumpuan kepada persediaan Mesyuarat IPCC Ke-63 serta proses pemilihan Coordinating Lead Authors, Lead Authors dan Review Editors bagi Laporan Penilaian Ketujuh (AR7).

Prof. Dr. Joy Jacqueline Pereira, selaku Co-Chair Working Group III, memainkan peranan penting dalam membimbing perbincangan berkaitan pemilihan pakar serta memastikan keselarasan kerja antara kumpulan-kumpulan kerja dan Technical Support Unit (TSU). Beliau juga terlibat dalam perbincangan mengenai mod dan kekerapan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (ExCom) bagi memastikan ketelusan dan penyertaan seimbang semua ahli. Mesyuarat ini memberi impak besar dalam memperkemas proses AR7, mengukuhkan tadbir urus IPCC dan memastikan suara negara membangun terus diberi perhatian dalam penilaian global berkaitan perubahan iklim.

Disediakan oleh Puteri Amirah Nabilah Azman
2 Julai 2025