5 Mei 2026 – Tahniah kepada YBhg Prof. Emeritus Dato’ P.Geol. Dr. Ibrahim Komoo dan YBhg Prof. P.Geol. Dr. Joy Jacqueline Pereira di atas pengiktirafan sebagai Tokoh Geologi

Putrajaya, 5 Mei 2026 – Sekalung tahniah kepada Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato’ P.Geol. Dr. Ibrahim Komoo dan Yang Berbahagia Prof. P.Geol. Dr. Joy Jacqueline Pereira di atas pengiktirafan masing-masing sebagai Tokoh Geologi kategori lelaki dan Tokoh Geologi kategori wanita di atas sumbangan cemerlang mereka demi kesejahteraan rakyat serta kelestarian alam sekitar. Pengiktirafan bermakna ini diterima semasa Hari Geologi 2026 yang dianjurkan oleh Lembaga Ahli Geologi Malaysia (BoG) dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Institut Geologi Malaysia (IGM), Persatuan Perunding dan Perkhidmatan Geosains Malaysia (MyGeo) dan Geological Society of Malaysia (GSM). Sambutan dengan tema “Geologi Memacu Ekonomi, Melindungi Komuniti, Asas Pembangunan Lestari” tersebut telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Grand Ballroom, Zenith Hotel Putrajaya, menghimpunkan penggiat industri, akademia dan pengamal geosains dalam memperkukuh peranan bidang geologi ke arah pembangunan negara yang mampan.