8 Mei 2026 – Tinjauan Lapangan Kajian Kestabilan Cerun dan Kerentanan Sosial di Sekitar Kawasan Banting, Selangor

BANTING, 8 Mei 2026 – Satu siri kerja lapangan telah dijalankan bermula pada 5 hingga 8 Mei 2026 di Banting, Selangor melibatkan kawasan sekitar Bukit Jugra dan sekeliling bagi meninjau aspek risiko tanah runtuh serta aksesibiliti kemudahan kecemasan di kawasan berpotensi bencana. Aktiviti ini melibatkan penyelidik dan pelajar dalam usaha memahami hubungan antara bahaya cerun, keterancaman komuniti dan keupayaan tindak balas kecemasan setempat.

Kajian lapangan ini turut melibatkan lawatan ke tapak-tapak inventori tanah runtuh di Bukit Jugra untuk pemerhatian keadaan cerun dan faktor fizikal kawasan ini. Selain itu, tinjauan turut dijalankan di titiktitik penting aksesibiliti kecemasan seperti Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang dan Hospital Banting bagi menilai tahap capaian kemudahan kesihatan semasa situasi bencana.

Aktiviti ini berpotensi menyumbang kepada pembangunan data sokongan bagi pengurusan risiko bencana, perancangan mitigasi cerun dan peningkatan ketahanan komuniti di kawasan Lembangan Langat.

Disediakan oleh PM Gs. Dr. Nuriah Abd Majid
8 Mei 2026