15 Mei 2026 – Tinjauan Lapangan Kajian Kestabilan Cerun dan Kerentanan Sosial di Lenggeng dan Mantin, Negeri Sembilan

SEREMBAN, 15 Mei 2026 – Siri kerja lapangan telah diteruskan lagi kali ini di kawasan Lenggeng dan Mantin, Negeri Sembilan pada 12 hingga 15 Mei 2026 bagi menjalankan tinjauan inventori tanah runtuh serta pengumpulan data berkaitan keadaan fizikal dan sosial kawasan kajian. Aktiviti ini melibatkan penyelidik dan pelajar dalam usaha memperkukuh pangkalan data tanah runtuh bagi menyokong penyelidikan berkaitan risiko bencana dan keterancaman komuniti.

Kajian lapangan ini berjaya mengenal pasti beberapa data baharu inventori tanah runtuh di kawasan terlibat melalui pemerhatian lapangan dan dokumentasi lokasi cerun berisiko. Selain itu, data sejarah tanah runtuh turut dibuat pengesahan bagi memastikan ketepatan maklumat inventori sedia ada. Tinjauan turut memfokuskan kepada ciri fizikal seperti keadaan cerun, saliran dan guna tanah, di samping menilai keadaan sosial komuniti sekitar kawasan kajian.

Aktiviti ini berpotensi membantu pembangunan pangkalan data tanah runtuh yang lebih komprehensif serta menyokong perancangan mitigasi dan pengurusan risiko bencana di Negeri Sembilan.
Disediakan oleh PM Gs. Dr. Nuriah Abd Majid
15 Mei 2026