18 April 2026 – Memperkukuh Ketahanan Komuniti Menghadapi Risiko Iklim

BANGI, 18 April 2026 – Gs. Dr. Aida Soraya Shamsuddin dari Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) telah berkesempatan menyertai PKM OSA Batch 16 – 16th International Multidisciplinary Community Service Activity (Batch 16): 22 Countries secara atas talian pada 18 April 2026. Program antarabangsa ini dianjurkan oleh The Association of Community Service Lecturers of Indonesia (ADPI) dan menghimpunkan peserta daripada pelbagai negara bagi berkongsi ilmu merentas disiplin.

Dalam program ini, Dr. Aida berperanan sebagai keynote speaker melalui pembentangan bertajuk “From Sudden Disasters to Onset Climate Risks: Integrating Science, Governance and Smart Systems for Community Survival”. Pembentangan tersebut menekankan bahawa ketahanan komuniti di Asia Tenggara perlu dibina melalui gabungan sains, tadbir urus bersepadu dan sistem pintar, khususnya dalam menghadapi banjir, haba melampau, jerebu, risiko pesisir dan kegagalan sistem yang saling berkait.
Penyertaan ini memperkukuh keterlihatan kepakaran LESTARI dalam bidang risiko bencana, perubahan iklim dan kelestarian komuniti, serta membuka ruang kerjasama akademik dan jaringan antarabangsa.
Disediakan oleh Gs. Dr. Aida Soraya Shamsuddin
18 April 2026