8 Julai 2026 – Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Prof. Dr. Nor Zalina Harun di atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7)

BANGI, 8 Julai 2026 – Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Nor Zalina Harun, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7) dalam bidang kepakaran Petempatan dan Hunian Lestari melalui jalur kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi.

Semoga terus cemerlang dalam memacu penyelidikan berimpak tinggi, memperkukuh kecemerlangan akademik serta menyumbang kepada pembangunan mampan negara dan kesejahteraan masyarakat.

Ikhlas daripada Pengarah dan Warga LESTARI UKM