9 Julai 2026 – Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Sharina Abdul Halim dan P.Geol. Prof. Madya Dr. Tanot Unjah atas pelantikan semula sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana Geopark, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)

 

BANGI, 9 Julai 2026 – Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Sharina Abdul Halim dan P.Geol. Prof. Madya Dr. Tanot Unjah, Felo Kanan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia, atas pelantikan semula sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana Geopark, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bagi tempoh 1 Jun 2025 hingga 19 Jun 2029.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepakaran, komitmen dan sumbangan berterusan dalam memperkasa agenda geopark, pemuliharaan warisan geologi serta pembangunan lestari di Malaysia.

Semoga amanah yang diberikan dapat terus dilaksanakan dengan cemerlang demi memacu kecemerlangan negara dalam pengurusan geopark dan kelestarian alam sekitar.

Ikhlas daripada Warga LESTARI UKM