13 Ogos 2026 – Tahniah diucapkan kepada Prof. ChM. Dr. Tan Ling Ling daripada Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7)

BANGI, 13 Ogos 2026 – Tahniah diucapkan kepada Prof. ChM. Dr. Tan Ling Ling daripada Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7) berkuat kuasa 13 Ogos 2026.
Kejayaan ini mencerminkan kecemerlangan dan sumbangan berterusan beliau dalam bidang kepakaran Biosensor dan Sensor Kimia, khususnya melalui jalur kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi.
Semoga pencapaian ini terus menjadi inspirasi dalam memperkasa penyelidikan, inovasi dan kecemerlangan akademik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.