23 Okt 2026 – Wacana Kelestarian Siri 3/2026 Kupas Isu Kebakaran Tanah Gambut dan Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan

BANGI, 23 Oktober 2026 – Pusat Penyelidikan Sains dan Governans Kelestarian (SGK) dengan kerjasama Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM telah menganjurkan Wacana Kelestarian Siri 3/2026 bertajuk Before the Peat Burns: Keep it Tight and Moist to Protect Our Future. Wacana ini telah disampaikan oleh YBhg. Datu Dr. Lulie Melling yang merupakan Presiden Malaysian Peat Society (MPS) dan Pengarah Pengasas kepada Sarawak Tropical Peat Research Institute (TROPI). Sesi perkongsian ini dikendalikan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Lee Khai Ern, Pengerusi SGK, selaku Moderator.

Program ini mendapat sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan hampir 350 peserta secara dalam talian menerusi platform Zoom dan Facebook Live LESTARI UKM. Peserta-peserta adalah terdiri daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, akademia serta pihak NGO yang berminat di dalam pengurusan tanah gambut yang berkesan terutama di dalam mengawal kejadian kebakaran di tanah gambut. Penganjuran wacana ini amat bertepatan dan signifikan dalam menangani isu pencemaran jerebu rentas sempadan yang kerap dikaitkan dengan insiden kebakaran tanah gambut.

Disediakan oleh Mohamad Mahathir Amir Sultan
23 Oktober 2026