10 Julai 2025 – Penyelarasan Kluster Program Sekolah Selamat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

10 Julai 2025 – Lanjutan daripada sesi libat urus yang telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 20 Januari 2025 yang lalu, satu ‘Bengkel Kerja Penyelarasan Kluster Program Sekolah Selamat bagi Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan’ seterusnya dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM. Bengkel ini bertujuan bagi mengumpul pakar-pakar yang menjalankan penyelidikan atau inisiatif berkaitan sekolah selamat dan menyelaras perancangan aktiviti pendidikan pengurangan risiko bencana (DRR).
Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI), LESTARI, UKM melalui Ketua Pusat, Gs. Dr. Nurfashareena Muhamad, telah memainkan peranan penting di dalam kluster ini dengan menyumbang kepakaran dalam bidang pengurangan risiko bencana susulan daripada pembangunan Modul Pendidikan DRR dalam membina daya tahan murid-murid. Selain SEADPRI, pakar daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan UNICEF Malaysia turut dijemput menyertai bengkel ini.
Disediakan oleh Gs. Dr. Nurfashareena Muhamad
10 Julai 2025