10 Jun 2026 – Tahniah diucapkan kepada Dr. Nor Hafizah Mohd Fizer, Prof. Madya Dr. Sharina Abdul Halim serta pasukan penyelidik atas kejayaan menerima Anugerah Pingat Emas dalam International Research and Innovation Symposium Competition 2026 (RISE2026)

PARIT RAJA, 10 Jun 2026 – Tahniah diucapkan kepada Dr. Nor Hafizah Mohd Fizer, Prof. Madya Dr. Sharina Abdul Halim serta pasukan penyelidik atas kejayaan menerima Anugerah Pingat Emas dalam International Research and Innovation Symposium Competition 2026 (RISE2026).

Projek bertajuk “Ke Arah Negara Tua 2030: Kekuatan Dimensi P+B terhadap Kesejahteraan Hidup Warga Emas Orang Asli di Bandar” telah berjaya mengangkat kecemerlangan penyelidikan dan inovasi dalam menangani isu kesejahteraan warga emas.

Kejayaan ini turut membuktikan komitmen dan kecemerlangan Alumni serta Felo Kanan LESTARI UKM dalam menghasilkan penyelidikan yang memberi impak kepada masyarakat dan pembangunan negara.