12 Jun 2026 Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Muhammad Rizal Razman atas pelantikan Ahli Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan (JKP&P) dan Ahli Senat (Keahlian Profesor), UKM

BANGI, 12 Jun 2026 – Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Muhammad Rizal Razman, Felo Utama LESTARI UKM atas pelantikan beliau sebagai:

  • Ahli Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan (JKP&P), UKM bagi tempoh 26 Mei 2026 – 25 Mei 2028
  • Ahli Senat (Keahlian Profesor), UKM bagi tempoh 3 Jun 2026 – 31 Mei 2028

Pelantikan ini merupakan pengiktirafan terhadap kepimpinan, kepakaran serta sumbangan berterusan beliau dalam bidang penyelidikan, penerbitan ilmiah, pembangunan lestari dan kecemerlangan akademik.

Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan cemerlang dalam memperkukuh agenda penyelidikan, penerbitan dan tadbir urus universiti, seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan UKM di peringkat nasional dan antarabangsa.

Ikhlas daripada
Pengarah dan Seluruh Warga
LESTARI UKM