12 Jun 2026 – Tahniah kepada Prof. Emeritus Dato’ Dr. Woo Wing Thye atas pelantikan beliau sebagai Profesor Adjung LESTARI UKM

BANGI, 12 Jun 2026 – Warga Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Emeritus Dato’ Dr. Woo Wing Thye atas pelantikan beliau sebagai Profesor Adjung LESTARI UKM bagi tempoh 15 Jun 2026 hingga 14 Jun 2028.

Semoga pelantikan ini memperkukuh kecemerlangan akademik, penyelidikan dan jaringan kerjasama strategik dalam memacu agenda pembangunan lestari di peringkat nasional dan antarabangsa.