14 Ogos 2026 – Penuaan Aktif dan Mesra Usia: Inventori Inisiatif, Kemudahan dan Amalan Terbaik

BANGI, 14 Ogos 2026 – Aktiviti lawatan lapangan Projek ACAI (ASEAN Center for Ageing and Innovation) bertajuk “Ageing Well in a Warming City: Co-Designing Heat-Resilient, Age-Friendly Neighbourhoods in Malaysia and Indonesia” telah dijalankan bertujuan meneliti inisiatif, kemudahan dan amalan sedia ada yang menyokong penuaan aktif, penuaan sihat dan penuaan setempat, dengan penekanan terhadap persekitaran mesra warga emas serta daya tahan terhadap perubahan iklim.

Siri lawatan yang bermula dari 10 hingga 14 Ogos 2026 ini melibatkan pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, institusi penyelidikan, pertubuhan bukan kerajaan, organisasi komuniti, penyedia perkhidmatan penjagaan dan warga emas di sekitar Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Antara peserta utama ialah wakil Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), MyAgeing@UPM, agensi Kerajaan Negeri Perak, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Think City, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Jelutong, Pusat Penjagaan Demensia dan Warga Emas, serta komuniti setempat.

Aktiviti yang dijalankan merangkumi lawatan tapak, pemerhatian, perbincangan bersama pihak berkepentingan, dokumentasi kemudahan dan program, serta penilaian terhadap ruang hijau, aksesibiliti, aktiviti sosial, perkhidmatan penjagaan dan langkah responsif iklim. Secara keseluruhannya, projek ini menunjukkan bahawa penuaan aktif memerlukan pendekatan bersepadu yang menggabungkan persekitaran fizikal yang menyokong, perkhidmatan mudah diakses, penyertaan komuniti, kerjasama institusi, penjagaan sosial dan perancangan responsif iklim.

Disediakan oleh Prof. Dr. Nor Zalina Harun
14 Ogos 2026