15 April 2026 – Kajian Lapangan dan Penelitian Ekosistem Hutan Negeri Kedah

ALOR SETAR, 15 April 2026 – Satu program kerja lapangan untuk kajian menyediakan Dokumen Rancangan Pengurusan Hutan Negeri Kedah telah diadakan pada 11 hingga 15 April 2026. Aktiviti yang dijalankan bertujuan bagi meneliti dan menyemak keadaan semasa kawasan hutan yang diurus oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Antara kawasan yang telah dilawati oleh pasukan kajian adalah Arboretum Changloon yang terletak di sebahagian Kompartmen 25, Hutan Simpan Bukit Perangin; Hutan Simpan Dara (VJR) di Hutan Simpan Sungkop; dan Kompartmen 8B, Ladang Hutan Swasta di Hutan Simpan Rimba Telui, Kedah Tengah.

Hutan-hutan yang dilawati ini mempunyai nilai dalam konteks pelbagai fungsi, terutamanya dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan kepelbagaian biologi di Negeri Kedah. Usaha ini diharap dapat diteruskan terutamanya dalam hasrat untuk menjadikan Arboretum Changloon di Hutan Simpan Bukit Perangin, Jitra sebagai pusat penyelidikan dan pendidikan bagi memantapkan usaha dan strategi-strategi pengurusan dan pemuliharaan yang dirancang.

Lawatan ke Hutan VJR di Hutan Simpan Sungkop, Kompartmen 8B juga telah dilakukan. Hutan ini adalah jenis hutan Dipterokap Tanah Pamah yang masih kekal di Negeri Kedah. Usaha Kerajaan Negeri Kedah giat dijalankan secara berterusan untuk memelihara dan memuliharan Hutan VJR ini memandangkan ia amat penting dalam konteks pelbagai, khususnya bagi memenuhi keperluan untuk penyelidikan dan kesediaan untuk anak pokok hutan bagi spesies yang dikategorikan sebagai langka dan terancam.

Lawatan ke ladang-ladang hutan yang diusahakan oleh syarikat swasta, merupakan usaha untuk menambah baik hutan terosot dan mengurangkan kebergantungan kepada Hutan Simpan Kekal (HSK) untuk sumber kayu di masa hadapan. Lawatan ke ladang hutan swasta di Hutan Simpan Rimba Telui, Sik pula menilai tahap pencapaian usaha penanaman pokok spesies batai dan jati bagi tujuan pengeluaran kayu dalam tempoh 10 hingga 15 tahun.

Disediakan oleh Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed
15 April 2026