15 Apr 2026 – Prof. Norhayati Perjelas Ilmu Mengenai Spesies Ular Berbisa di Malaysia

BANGI, 15 April 2026 – Prof. Dr. Norhayati Ahmad, Ketua, Pusat Penyelidikan Geotaman (PPG), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM telah dijemput sebagai Panel Pakar dalam INBIOSIS-IKM Hybrid Forum Series 3/2026 yang telah dianjurkan oleh Institut Biologi Sistem (INBIOSIS), UKM dan Division of Organic and Biomolecular Chemistry, Institut Kimia Malaysia (DOBC-IKM). Prof. Norhayati yang sering kali diberi julukan Pakar Ular telah berkongsi ilmu dan pandangan beliau di dalam forum ini berkaitan tajuk “Venom of Malaysian Snakes: A Potential for Translational Discovery”, bersama-sama seorang lagi Panel Pakar, iaitu Dr. Muhamad Rusdi Ahmad Rusmili dari Kulliyyah of Pharmacy, International Islamic University Malaysia (IIUM) yang berbicara dari perspektif perubatan dan farmakologi.

Forum yang dianjurkan secara hybrid oleh INBIOSIS ini telah berjaya menarik minat sekitar 150 peserta termasuklah dalam kalangan pelajar universiti yang ingin menambah ilmu pengetahuan mengenai spesies-spesies ular berbisa yang terdapat di Malaysia. Rata-rata peserta amat teruja dengan ilmu yang dikongsikan dan ia menjadi peringatan serta langkah berjaga-jaga seandainya berdepan dengan haiwan-haiwan berbisa ini di persekitaran mereka.

Pautan Berita INBIOSIS:

https://www.facebook.com/INBIOSISUKM/posts/pfbid0BFK5oeiX6v

Disediakan oleh Nazren Leman
15 April 2026