15 Ogos 2026 – Inovasi Sisa ke Sumber ‘Lilin Aroma daripada Minyak Terpakai’ di Program Warga Saintis @Wetland Putrajaya

PUTRAJAYA, 15 Ogos 2026 – Satu Program Warga Saintis @Wetland Putrajaya telah dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama UNESCO-IHP Malaysia bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap fungsi dan kepentingan tanah lembap (wetland), disamping memperkasa penglibatan komuniti dalam usaha pemuliharaan alam sekitar melalui pendekatan sains warga (citizen science). Program pada 15 Ogos 2026 bertempat di Taman Wetland, Putrajaya ini memberi pendedahan kepada para peserta melalui aktiviti saintifik seperti pemerhatian, pemantauan dan pengumpulan data berkaitan ekosistem sebagai usaha memupuk budaya sains serta rasa tanggungjawab terhadap pemeliharaan alam sekitar.

Selaras dengan hasrat mempromosi aktiviti pengurusan sisa yang menyokong amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle). Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM melalui En. Norazmi Abdul Kadir dan Cik Nurlina Mohamad Ramzan di bawah kendalian En. Nik Mohd Noor Faizul Md Saad dari Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-ALAF), UKM dijemput bagi berkongsi ilmu berkaitan “Inovasi Sisa Ke Sumber: Lilin Aroma daripada Minyak Masak Terpakai” kepada para peserta, pelajar dan komuniti awam yang hadir. Selain itu, program ini turut menampilkan penyertaan seramai 20 orang ahli Ekorelawan UKM sebagai fasilitator modul, selaras dengan inisiatif pengembangan ilmu bagi aspek program ‘Training of Trainers’ yang memperkasa bidang pendidikan dan kesedaran pengurusan ekosistem dalam kalangan pelajar universiti.
Disediakan oleh Norazmi Abdul Kadir & Nazren Leman
15 Ogos 2026