17 Julai 2026 – LESTARI Rangkul Kejuaraan Pertandingan Boling Tiga Penjuru

BANGI, 17 Julai 2026 – Buat julung kalinya, satu “Pertandingan Boling Kualiti-UKM – ROSH-UKM – LESTARI 2026” telah dianjurkan bersama oleh Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti-UKM); Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM) dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM dengan penuh kemeriahan. Pertandingan tiga penjuru ini diadakan pada 17 Julai 2026, bertempat di Ampang Superbowl @ Bangi Gateway, Selangor, menyaksikan kehebatan dan persaingan sengit 13 buah pasukan yang mewakili Pusat Tanggungjawab (PTj) masing-masing bagi merebut gelaran sebagai Juara.

Edisi sulung ini menyaksikan LESTARI menghantar dan menaja empat pasukannya yang rata-rata terdiri daripada kakitangan pengurusan dan profesional serta kakitangan pelaksana. Dalam sorakan dan laungan sokongan padu kepada pasukan masing-masing, persaingan amat dirasakan oleh semua apabila setiap pasukan mempamerkan bakat luar biasa dan saling pintas memintas mata jatuhan pin, seawal permainan sehingga ke akhir perlawanan. Sama ada LESTARI mahupun Kualiti-UKM dan ROSH-UKM, kesemuanya dilihat begitu bersemangat kental dan fokus kepada membuat balingan-balingan terbaik sepanjang pertandingan.
Rezeki nampaknya memihak kepada pasukan LESTARI apabila dinobatkan sebagai Juara di penghujung pertandingan. Bukan itu sahaja, LESTARI seakan tidak mahu melepaskan peluang apabila dua lagi pasukannya turut merangkul gelaran Naib Juara dan Tempat Ketiga, dan pulang bersama hadiah masing-masing berupa pingat dan hamper. Kolaborasi penganjuran aktiviti sukan sebegini diharapkan dapat diteruskan lagi di tahun-tahun mendatang untuk terus memupuk ukhwah persahabatan serta semangat kejiranan dan kesukanan sesama kakitangan ketiga-tiga PTj. Terima kasih kepada pihak Urusetia yang menjayakan pertandingan ini dan sekalung tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang!!

Juara Berkumpulan (LESTARI)
En. Norazmi Abdul Kadir
En. Mohd Fuad Tepit
Pn. Nurul Azia Roslan@Hj. Abd Aziz
Pn. Nuratikah Mahamad

Naib Juara Berkumpulan (LESTARI)
En. Muhamad Fadle Mohamad Abu Sadin
En. Muhd Yusairi Mat Yusop
En. Mohd Redzuan Zulkifly
Pn. Ku Adriani Ku Ayob

Tempat Ketiga Berkumpulan (LESTARI)
En. Nik Mohd Noor Faizul Md Saad
En. Muhammad Amirulamri Mohd Akhairi
En. Muhammad Hadzlan Saharin
Pn. Siti Khadijah Satari
Disediakan oleh Nazren Leman
17 Julai 2026