20 Mei 2026 – Memperkukuh Kerjasama Kawasan Perlindungan Rentas Sempadan dan Pengiktirafan OECM

LUANG PRABANG, 20 Mei 2026 – Pada 18-20 Mei 2026, Dr. Nadzirah Hosen dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM telah menyertai SEAP Forests IP Annual Conference and Technical Advisory Group Meeting di Luang Prabang, Lao PDR, sebagai ahli projek Framework for Transboundary Protected Area Cooperation and OECM Recognition yang diketuai oleh Prof. Amran Hamzah dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Program ini menjadi platform serantau untuk membincangkan masa depan pemuliharaan rentas sempadan serta peranan Other Effective Area-Based Conservation Measures (OECMs) dalam memperluas perlindungan biodiversiti melangkaui kawasan perlindungan formal.

Dalam program ini, Dr. Nadzirah berperanan membentangkan rumusan bagi pihak kumpulan. Perbincangan menekankan penyelarasan antara negara, pengiktirafan komuniti setempat, tadbir urus inklusif dan penggunaan data yang lebih kukuh. Penyertaan ini berpotensi memperkukuh jaringan serantau serta menyokong pemuliharaan biodiversiti yang lebih inklusif, praktikal dan berimpak.
Pautan: https://www.linkedin.com/feed/update/urn:li:activity:7467920337943457792/

Disediakan oleh Dr. Nadzirah Hosen
20 Mei 2026