25 Apr 2026 – Anugerah Pembangunan Sumber Air 2026

MASJID TANAH, 25 April 2026 – Sekalung tahniah diucapkan kepada Ir. Ts. Noor Zarina Mohd Nazir, Ketua Penolong Pengarah di Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP), atas pencapaian cemerlang merangkul Anugerah Gangsa (Kategori Doktor Falsafah) sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2026. ​Anugerah berprestij ini telah disampaikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), serta disaksikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.

​Inovasi Kelestarian Air dan Kerjasama Strategik Penerimaan anugerah ini adalah berdasarkan tesis penyelidikan beliau yang bertajuk:

​“Mobile Constructed Wetland Coupling with Sewage Treatment Plant as Sustainable Wastewater Reclamation Means for Water Security in Selangor

​Projek PhD ini merupakan satu inisiatif kerjasama strategik antara Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) dan Indah Water Konsortium (IWK). Penyelidikan ini mengetengahkan integrasi sistem tanah bencah buatan mudah alih dengan loji rawatan kumbahan sebagai penyelesaian lestari bagi pulih guna air kumbahan demi memperkukuh keterjaminan air negara. ​Penyelidikan berimpak tinggi ini telah disempurnakan di bawah seliaan pakar dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI):

​Penyelia Utama: Prof. Ts. Dr. Lee Khai Ern, FASc

​Penyelia Bersama: Prof. Emeritus Dato’ ChM. Dr. Mazlin bin Mokhtar, FASc, FMIC

​Ir. Ts. Noor Zarina Mohd Nazir telah berjaya lulus sesi viva Doktor Falsafah pada 7 April 2026 yang lalu.

​Impak Kepada Sektor Awam & Industri:-

Sinergi antara agensi kerajaan (JPP), badan kawal selia (PETRA) dan penyedia perkhidmatan (IWK) melalui penyelidikan ini membuktikan bahawa kolaborasi teknikal mampu menghasilkan penyelesaian praktikal bagi pengurusan sumber air yang lebih lestari. Kejayaan ini juga menyokong agenda transformasi air negara (AIR2040) ke arah masa hadapan yang lebih lestari, dan SDG 6.3 untuk Matlamat Air dan Sanitasi yang Bersih.

Disediakan oleh
Prof. Ts. Dr. Lee Khai Ern
25 April 2026