25 Jun 2026 – Air Disemai, Harapan Dituai: LESTARI Sumbang Ilmu di Program KESSA Peringkat Negeri Perlis

PENGKALAN ASSAM, 25 Jun 2026 – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia dengan kerjasama UNESCO-IHP Malaysia dan Water Research and Environmental Sustainability Growth (WAREG), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) selaku Pelaksana Program, telah menganjurkan ‘Program Kesedaran Sumber Air (KESSA) Peringkat Negeri Perlis’ di bawah ‘Program Pembangunan Water Balance bagi Pengurusan Sumber Air Negara (Fasa 1)’, bertempat di JPS Perlis, Pengkalan Assam pada 24 hingga 25 Jun 2026. Program berskala besar ini disertai oleh hampir 300 orang pelajar sekolah menengah (termasuk guru-guru pengiring) daripada sekolah-sekolah menengah di negeri Perlis, antaranya termasuk SMK Syed Sirajuddin, SMK Syed Saffi, SMK Kuala Perlis, SMK Tengku Budriah, SMK Agama (P) Alawiyah dan lain-lain.

Dalam pada itu, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) telah dijemput mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam program ini bagi berkongsi ilmu khususnya dari aspek pemerkasaan pengetahuan, pemahaman dan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) kepada para pelajar yang hadir. En. Norazmi Abdul Kadir dan Cik Nurlina Mohamad Ramzan dari LESTARI dijemput oleh pihak penganjur sebagai Fasilitator Jemputan dan berkesempatan untuk menyumbang kepakaran kepada generasi muda Perlis dalam program yang bertemakan “Air Disemai, Harapan Dituai” ini.
Disediakan oleh Norazmi Abdul Kadir & Nazren Leman
25 Jun 2026