26 Mei 2026 – Memacu Ekuiti Pendidikan dan Integrasi Serantau Melalui Program Penyelidikan Kolaboratif AAOU

GEORGE TOWN, 26 Mei 2026 – Ts. Dr. Lim Chen Kim dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM telah menghadiri siri sesi kerja fizikal bagi Asian Association of Open Universities (AAOU) Collaborative Research Programme di Bangunan DIGIT, Wawasan Open University (WOU), Pulau Pinang bermula 22 hingga 26 Mei 2026. Beliau memainkan peranan penting sebagai ahli projek dalam kajian rentas institusi antarabangsa yang diterajui oleh WOU. Projek bertajuk “A Comparative Evaluation of Hybrid and Fully Online Learning Modalities in Open and Distance Learning through a Cross-Institutional Study Featuring AI-Thematic Integration” ini turut melibatkan rakan kerjasama dari Indonesia, Filipina dan China.

Siri sesi kerja ini memfokuskan kepada perancangan strategik, standardisasi kurikulum, serta penyediaan alatan pedagogi kecerdasan buatan (AI) termaju. Penglibatan aktif ini berpotensi tinggi memacu ekuiti pendidikan dan integrasi serantau Asia, sekaligus melonjakkan keterserlahan khidmat kepakaran akademik LESTARI dalam pembentukan ilmu sains kelestarian di peringkat global.

Disediakan oleh Ts. Dr. Lim Chen Kim
26 Mei 2026