29 Jul 2026 – Apabila Data Bertemu Ruang, Perancangan Menjadi Lebih Pintar

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2026 – Bagaimanakah teknologi, data dan pengaturcaraan dapat membantu kita membuat keputusan guna tanah yang lebih baik? Persoalan ini diterokai menerusi APN Workshop on Science-Based Urban Planning (SciBUSP) Malaysia Chapters yang berlangsung pada 27-29 Julai 2026, bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur. Dr. Nadzirah Hosen dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM tampil sebagai pembentang menerusi tajuk “Why Spatial Planning Matters for Keeping Nature Connected”, yang mengetengahkan kepentingan perancangan spatial dalam mengekalkan keterhubungan alam. Beliau turut menjadi ahli panel dalam sesi forum yang dianjurkan.

Bengkel ini menggabungkan teknologi geospatial, pengaturcaraan, pembelajaran mesin dan pemerhatian bumi dalam analisis guna tanah dan perancangan spatial. Dianjurkan oleh Badan Riset dan Inovasi Nasional (BRIN) Indonesia dan Asia-Pacific Network for Global Change Research (APN), program ini membuka ruang kepada perkongsian pendekatan baharu dalam perancangan bandar dan wilayah berasaskan sains.

Disediakan oleh Dr. Nadzirah Hosen
29 Julai 2026