29 Jun 2026 – Jom EKSA! Kluster 6 Sepakat Budayakan Persekitaran Kerja Terbaik

BANGI, 29 Jun 2026 – Satu ‘Taklimat Pengenalan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)’ bagi Kluster 6 telah berjaya dianjurkan pada 29 Jun 2026 bertempat di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sesi taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal, kefahaman mendalam serta penjelasan terperinci mengenai amalan dan pelaksanaan EKSA di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTj). Program ini amat penting dalam usaha membina budaya kerja yang berdisiplin, kemas, selamat dan cekap di persekitaran pejabat.

Kluster 6 terdiri daripada gabungan empat PTj utama UKM, iaitu:

  • Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
  • Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)
  • Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM)
  • Pusat Jaminan Kualiti UKM (KUALITI-UKM)

Menerusi taklimat ini, para peserta dibekalkan dengan maklumat asas merangkumi standard piawaian EKSA, garis panduan kebersihan dan keselamatan, penjenamaan persekitaran kerja, serta penyediaan dokumentasi dan zon-zon amalan terbaik. Pelaksanaan EKSA bukan sekadar penambahbaikan persekitaran fizikal, malah merupakan pemangkin kepada peningkatan produktiviti dan imej korporat PTj yang terlibat. Diharapkan agar semua warga PTj di bawah Kluster 6 dapat memberikan komitmen penuh bagi menjayakan agenda EKSA ini.

Disediakan oleh Nur Amira Ahmad
29 Jun 2026