29 Ogos 2026 – Dari Shenzhen ke Malaysia, Meninjau Masa Depan Bandar Pintar 2040

SHENZHEN, 29 Ogos 2026 – Bagaimanakah teknologi, data dan inovasi boleh mengubah cara bandar dirancang dan diurus pada masa hadapan? Persoalan ini menjadi fokus Lawatan Penanda Aras ke Huawei Shenzhen dan Sun Yat-sen University (SYSU) dalam rangka Kajian Blueprint Bandar Pintar Malaysia 2026-2040. Lawatan ini membuka ruang untuk meneliti secara langsung perkembangan teknologi bandar pintar, pendekatan penyelidikan serta idea baharu yang boleh disesuaikan dengan konteks Malaysia.

Dr. Nadzirah Hosen dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM turut terlibat sebagai penyelidik dalam kajian ini. Pendedahan kepada ekosistem teknologi di Shenzen, China serta akademik di SYSU memberikan perspektif penting dalam merangka hala tuju bandar pintar Malaysia yang bukan sahaja lebih digital, tetapi juga lebih terancang, responsif dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Disediakan oleh Dr. Nadzirah Hosen
29 Ogos 2026