30 April 2026 – Kajian Lapangan Impak Pembangunan Ladang Hutan Terhadap Alam Sekitar di HSK Jerangau, Terengganu

HULU TERENGGANU, 30 APRIL 2026 – Pasukan penyelidik dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM yang diketuai oleh Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed telah menjalankan aktiviti lapangan bagi ‘Kajian Impak Pembangunan Ladang Hutan di dalam Hutan Simpan Kekal di Semenanjung Malaysia Terhadap Alam Sekitar bagi Zon Timur’ bermula daripada 28 sehingga 30 April 2026 di Terengganu. Aktiviti lapangan pada kali ini telah dianjurkan bertempat di Hutan Simpan Kekal (HSK) Jerangau, di daerah Hulu Terengganu.

Aktiviti lapangan pada kali ini lebih memberi tumpuan kepada persampelan air (hidrologi), tanah dan beberapa spesies tumbuh-tumbuhan di kawasan ladang hutan bagi tujuan analisis lanjutan, sambil dibantu oleh pegawai-pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Turut terlibat dalam aktiviti ini adalah Dr. Shamsul Khamis dan Dato’ Shaharuddin Mohamad Ismail, pakar-pakar bidang taksonomi tumbuhan dan pengurusan hutan dari UKM. Pasukan penyelidik dijangka akan meneruskan lagi beberapa siri aktiviti lapangan di beberapa negeri di Zon Pantai Timur sepanjang tahun 2026 ini.

Disediakan oleh Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed
30 April 2026