8 Apr 2026 – UKM mengetuai Pembangunan Pelan Strategik National Environmental Health Action Plan (NEHAP) Malaysia 2026-2030

PUTRAJAYA, 8 April 2026 – Satu sesi perbincangan telah diadakan bagi memuktamadkan hala tuju kajian mengenai pembangunan Pelan Strategik National Environmental Health Action Plan (NEHAP) Malaysia 2026–2030, bertempat di Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kajian ini diterajui oleh KKM dan bertujuan untuk membangunkan pelan strategik yang komprehensif bagi memperkukuh pengurusan kesihatan alam sekitar negara dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Pelan strategik tersebut akan memberi fokus kepada penetapan visi, misi, objektif strategik serta pelan tindakan yang lebih tersusun, selaras dengan cabaran semasa dan keperluan masa hadapan. Pembangunan pelan strategik ini amat penting kerana ia akan menjadi rujukan utama kepada semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan pelan tindakan terhadap kesihatan alam sekitar bagi memastikan kesejahteraan masyarakat dan seterusnya menjamin alam sekitar yang sihat dan selamat.

Pasukan kajian ini diketuai oleh Prof. ChM. Dr. Goh Choo Ta, dan ahli pasukan kajian merangkumi kepakaran daripada pelbagai disiplin merentasi beberapa Pusat Tanggungjawab di UKM, iaitu:

  • Dr. Aziemah Zulkifli (LESTARI UKM)
  • Dr. Muhammad Ikram A. Wahab (FSK UKM)
  • GS. Dr. Aida Soraya Shamsuddin (LESTARI UKM)
  • Dr. Nadzira Hosen (LESTARI UKM)
  • Dr. You Huay Woon (FST UKM)
  • En. Mohamad Mahathir Amir Sultan (LESTARI UKM)
  • En. Muhammad Amirulamri Mohd Akhairi (LESTARI UKM)
  • Dr. Faezah Esa (LESTARI UKM)

Hasil akhir kajian ini, iaitu Pelan Strategik NEHAP Malaysia 2026-2020 akan menjadi dokumen rujukan penting dalam memperkukuh kesihatan alam sekitar negara menjelang 2030.

Disediakan oleh Prof. ChM. Dr. Goh Choo Ta & En. Muhammad Amirulamri Mohd Akhairi
8 April 2026