9 Julai 2026 – Tahniah kepada P.Geol. Prof. Madya Dr. Tanot Unjah atas pelantikan sebagai Penasihat Sarawak Delta UNESCO Global Geopark

BANGI, 9 Julai 2026 – Setinggi-tinggi tahniah kepada P.Geol. Prof. Madya Dr. Tanot Unjah, Felo Kanan LESTARI UKM, atas pelantikan sebagai Penasihat Sarawak Delta UNESCO Global Geopark bagi tempoh 1 Januari 2026 hingga 1 Januari 2028.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepakaran, pengalaman serta komitmen beliau dalam bidang geosains, pemuliharaan warisan geologi dan pembangunan geopark yang mampan. Sumbangan beliau di peringkat nasional dan antarabangsa diyakini akan terus memperkukuh usaha memperkasa pengurusan serta pembangunan Sarawak Delta UNESCO Global Geopark.

Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan penyelidikan, pemuliharaan warisan geologi serta pembangunan lestari negara.

Ikhlas daripada Warga LESTARI UKM