LESTARI mengucapkan Tahniah kepada YBhg Prof Dato’ Dr Mazlin bin Mokhtar, Professor dan Felo Utama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) yang telah dipilih sebagai Penerima Anugerah Kategori Individu – ANUGERAH LANGKAWI – KELESTARIAN ALAM SEKITAR 2017/ 2018. Anugerah telah disampaikan oleh YB Puan Isnaraissah Munirah Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC). Tahniah dan Syabas diucapkan!
Laporan oleh Nuratikah Mahamad.

