Majlis Anugerah Kecemerlangan MyRA® Prestasi 2019

Malaysia Research Assessment (MyRA®) merupakan satu instrumen yang sangat penting untuk menilai kapasiti Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia untuk mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan. Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan MyRA® Prestasi 2019 yang diadakan pada 7 Julai 2021 secara maya (dalam talian). Majlis Anugerah Kecemerlangan MyRA® ini diadakan bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan yang sangat besar yang diberikan oleh PTJ dan para penyelidik dalam memastikan UKM terus kekal cemerlang sebagai universiti penyelidikan. Majlis anugerah yang julung kali diadakan ini akan memberikan pengiktirafan dan penghargaan untuk 12 anugerah PTJ, 29 anugerah individu daripada pelbagai seksyen dalam MyRA®, dan 6 anugerah khas penyelidikan “Translational” akan diberikan kepada penyelidik. Majlis ini juga meraikan kecemerlangan seramai 313 orang penyelidik yang akan menerima sijil penghargaan.

LESTARI telah berjaya melakar satu lagi sejarah kejayaan di mana LESTARI berjaya menerima Anugerah Institut Cemerlang (Keseluruhan) bidang Sains Sosial. Selain itu, Timbalan Pengarah LESTARI; Prof Madya Dr. Goh Choo Ta juga turut berjaya meraih Anugerah Khas Penyelidikan “Translational” melalui produk Advance Training on Class 2013 & ICOP 2014 (ICOP). Kedua-dua kejayaan membuktikan bahawa LESTARI merupakan institut yang sentiasa menyumbang kepada kejayaan UKM. Kecermerlangan LESTARI juga terbukti apabila beberapa felo LESTARI menerima sijil penghargaan Anugerah Kecemerlangan MyRA® Prestasi 2019. Butiran pemenang sijil penghargaan yang diraih oleh Felo LESTARI adalah seperti berikut:

          • Sijil Penghargaan Anugerah Cemerlang (Keseluruhan) bidang Sains dan Teknologi Kategori Pensyarah: –>> Profesor Madya Dr. Tan Ling Ling @ Chong Ling Ling, Profesor Madya Ts. Dr. Lee Khai Ern
          • Sijil Penghargaan Anugerah Cemerlang (Penerbitan) bidang Sains dan Teknologi Kategori Pensyarah: –>> Profesor Madya Dr. Tan Ling Ling @Chong Ling Ling
          • Sijil Penghargaan Anugerah Cemerlang (Inovasi) bidang Sains dan Teknologi Kategori Profesor Madya: –>> Profesor Madya Dr. Goh Choo Ta
          • Sijil Penghargaan Anugerah Cemerlang (Penyeliaan) bidang Sains dan Teknologi Kategori Profesor Madya: –>> Profesor Madya Dr. Ahmad Fariz bin Mohamed
          • Sijil Penghargaan Anugerah Cemerlang (Penyeliaan) bidang Sains dan Teknologi Kategori Pensyarah: ——–>> Profesor Madya Ts. Dr. Lee Khai Ern
          • Sijil Penghargaan Anugerah Cemerlang (Pendanaan) bidang Sains dan Teknologi Kategori Profesor: ——–>> Profesor Dr. Joy Jacqueline Pereira

Senarai penuh Penerima Anugerah MyRA® Prestasi 2019

Video Ucapan Pengarah LESTARI sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan MyRA® Prestasi 2019

 

Laporan oleh Puan Nur Amira Ahmad.