MUZAKARAH PAKAR ‘WAKAF TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI: KE ARAH KELESTARIAN ALAM SEKITAR’ ANJURAN IKIM & LESTARI

MUZAKARAH PAKAR ‘WAKAF TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI: KE ARAH KELESTARIAN ALAM SEKITAR’ DAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN MUZAKARAH PAKAR & PELANCARAN BUKU IKIM-LESTARI BERSEMPENA SAMBUTAN 30 TAHUN IKIM DAN 28 TAHUN LESTARI

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama LESTARI telah menganjurkan Muzakarah Pakar yang bertemakan ‘Wakaf Tenaga Boleh Diperbaharui: Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar’ pada 20 Oktober 2022 bertempat di Bilik Majlis, Canselori. Muzakarah Pakar yang dianjurkan bertujuan bagi meneroka potensi pewujudan dana wakaf tenaga boleh diperbaharui untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan tenaga elektrik berasaskan tenaga boleh diperbaharui. Muzakarah pakar ini telah berjaya mencapai hasratnya dengan menghimpunkan seramai lebih kurang 35 peserta yang melibatkan pakar, akademia dan pihak berkepentingan di dalam bidang tenaga dan alam sekitar khususnya. Sebanyak 2 sesi perbincangan yang melibatkan 6 kertas pembentangan telah dibentang dan diikuti dengan diskusi oleh pakar dan penglibatan oleh peserta yang hadir.

Majlis Perasmian Penutupan Muzakarah Pakar & Pelancaran Buku terbitan IKIM dan Buku LESTARI di bawah Penerbit UKM telah dianjurkan pada hari kedua program iaitu pada 21 Oktober 2022 di Bilik Senat, Canselori UKM. Majlis ini juga dijalankan bersempena Sambutan ke 30 tahun IKIM  dan ke 28 tahun LESTARI UKM serta bertepatan dengan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2022 . Majlis Perasmian Penutup Muzakarah telah disempurnakan oleh Pro Naib Canselor Strategi dan Pembangunan Korporat, Yang Berbahagia Prof. Dr. Roslee Rajikan dan sebanyak empat buah buku telah dilancarkan iaitu:

Penerbit IKIM

  • Religious Responses to Climate Change and Environmental Degradation
  • Islam dan Kelestarian Alam

Penerbit UKM (LESTARI)

  • For Now, For Ever, Protect the Environment We Must
  • Alam Sekitar dan Kelestarian: Ilmu untuk Masyarakat

Majlis juga disusuli dengan penyampaian Ucaptama oleh mantan Pengarah Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) iaitu Prof. Dato’ Ts. Dr. Kamaruzzaman Sopian yang bertajuk ‘Malaysia dan Peralihan kepada Tenaga Boleh Diperbaharui: Langkah Praktikal ke Hadapan’. Majlis ini telah dihadiri oleh peserta daripada IKIM, agensi kerajaan, warga LESTARI dan juga warga UKM. Majlis juga turut dimeriahkan dengan penyertaan jualan dan pameran buku  oleh LESTARI, IKIM, Penerbit UKM serta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia.

Pautan rakaman Majlis Perasmian & Pelancaran Buku, sila layari: https://youtu.be/T0T6ZE2qIU8

 

Laporan oleh Rd. Puteri Khairani.