Pemeriksa Bebas bagi Perkhidmatan Penawanan Data LiDAR di Hutan Simpan Berembun, Pantai, Negeri Sembilan

11 Jun 2025 – Projek menyedia perkhidmatan di bawah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Negeri Sembilan & Melaka memperuntukkan penyedia perkhidmatan atau perundingan melantik seorang pemeriksa bebas yang terdiri daripada ahli geologi profesional yang mempunyai pengalaman melebihi 10 tahun dalam bidang berkenaan dan turut perlu dipersetujui oleh JMG. Pemeriksa bebas perlu menentusahkan segala output projek serta menjalankan verifikasi lapangan dan penentusahan selari dengan skop dan spesifikasi yang telah ditetapkan dalam dokumen tender. Bagi Projek Perkhidmatan Penawanan Data LiDAR di Hutan Simpan Berembun, Negeri Sembilan, PGeol. Dr. Lim Choun Sian telah dilantik sebagai pemeriksa bebas dan memberi pandangan teknikal terhadap output kajian.

Sumber: Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)
Disediakan oleh PGeol. Dr. Lim Choun Sian
11 Jun 2025