Penilaian Risiko Bencana Buatan Manusia untuk Industri Bahan Berbahaya

27 Mei 2025 – Satu kajian Penilaian Risiko Bencana Buatan Manusia untuk Industri Bahan Berbahaya telah dianjurkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri untuk memetakan zon-zon utama risiko bencana industri jenis bahan berbahaya serta menghasilkan strategi dan pelan tindakan untuk pengurangan risiko bencana negara. Projek yang diketuai oleh PGeol. Dr. Lim Choun Sian ini terbahagi kepada beberapa sub-sektor utama seperti governans, pemodelan dan GIS, di mana setiap satunya diterajui oleh Prof. Dr. Joy Jacqueline Pereira, Gs. Dr. Nurfashareena Muhamad dan Gs. Dr. Aida Soraya Shamsuddin, pasukan penyelidik dari Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI), LESTARI UKM.

Disediakan oleh PGeol. Dr. Lim Choun Sian
27 Mei 2025