Program Gotong-royong Memasak Bubur Lambuk KUALITI-UKM, ROSH-UKM, IKMAS & LESTARI 2023

Program gotong royong memasak bubur lambuk melibatkan empat PTj iaitu LESTARI, IKMAS, KUALITI-UKM dan ROSH-UKM telah berlangsung dengan jayanya pada 12 April 2023, bertempat di Foyer Bangunan IKMAS. Sesi memasak bermula pada jam 9 pagi itu telah diketuai oleh tukang masak yang ditempah khas untuk menjayakan program ini.

Pastinya program sebegini dapat merapatkan ukhwah antara LESTARI dan PTj berdekatan selain dapat memberi juadah berbuka puasa kepada staf. Staf yang terlibat bukan sahaja staf Profesional dan Pelaksana malah turut dimeriahkan oleh kehadiran staf akademik. Sebanyak lebih 250 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada semua staf PTj yang terlibat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengarah IKMAS; Prof Dr Sufian Jusoh atas sumbangan dan tajaan kos untuk menjayakan program ini. Semoga aktiviti seperti dapat menyemarakkan lagi perpaduan antara jabatan.

Laporan oleh Puan Nur Amira binti Ahmad