Program Penjelajahan Ekosistem

LESTARI bersama rakan strategik iaitu Perbadanan Putrajaya telah mengadakan program penjelajahan ekosistem yang diadakan pada 1 Oktober 2022 bertempat di Taman Botani Putrajaya. Program ini mensasarkan penyertaan daripada golongan remaja yang berumur dari 13 hingga 17 tahun. Objektif utama program ini adalah ingin memberikan pendedahan kepada kumpulan muda dalam masyarakat mengenai pengurusan sisa pepejal dan amalan kitar semula. Peserta juga dibawa menjelajah di sekitar Taman Botani untuk mengenali tumbuhan yang terdapat di taman yang berkeluasan 92 hektar tersebut. Taman Botani Putrahjaya yang juga dikenali sebagai ‘mother of all gardens’ adalah merupakan yang terbesar di Malaysla. taman ini mempunyai lebih dari 750 spesies tumuhan dari 13 koleksi tema tumbuhan yang berasal dari benua yang berbeza.

Laporan oleh Wan Daraputri Razali