12 Mac 2026 – Sumbangan LESTARI dalam Pembentukan Garis Panduan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bahan Berbahaya kepada Alam Sekeliling)

12 Mac 2026 – Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM telah dijemput bagi terlibat dan menyumbang kepakaran di dalam usaha pembentukan Garis Panduan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bahan Berbahaya kepada Alam Sekeliling) yang diterajui oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS). Delegasi pakar bidang daripada LESTARI diketuai oleh Prof. ChM. Dr. Goh Choo Ta, Gs. Dr. Aida Soraya Shamsuddin, Dr. Aziemah Zulkifli, En. Mohamad Mahathir Amir Sultan dan Dr. Faezah Esa.

Bengkel anjuran Bahagian Bahan Berbahaya, JAS yang dijalankan selama 3 hari bermula 10 hingga 12 Mac 2026 ini membincangkan pelbagai isu termasuk isu bidang kuasa, teknikal, penguatkuasaan, pemantauan dan peningkatan kapasiti yang berkaitan dengan pembentukan Garis Panduan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bahan Berbahaya kepada Alam Sekeliling). Bengkel ini turut disertai oleh pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan dengan pengurusan bahan berbahaya kepada alam sekeliling.

Disediakan oleh Mohamad Mahathir Amir Sultan
12 Mac 2026