Tahniah, Dr. Nurfashareena

Sukacita dimaklumkan bahawa LESTARI ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Gs. Dr. Nurfashareena Muhamad yang telah dilantik sebagai Ketua Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI) Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) untuk tempoh tiga tahun mulaiĀ 1 April 2023 sehingga 31 Mac 2026. Semoga Dr. Fasha dapat memberikan perkhidmatan terbaik demi kecemerlangan LESTARI dan UKM. Syabas dan selamat menjalankan tugas.