Tahniah, Dr. Rospidah Ghazali

Sukacita dimaklumkan bahawa LESTARI ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dr. Rospidah Ghazali yang telah dilantik sebagai Ketua Pusat Penyelidikan kelestarian Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (KASES) Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) untuk tempoh tiga tahun mulai 1 November 2022 sehingga 31 Oktober 2025. Pihak LESTARI mengucapkan tahniah di atas pelantikan ini. Semoga Dr. Rospidah dapat memberikan perkhidmatan terbaik demi kecemerlangan LESTARI dan UKM. Syabas diucapkan sekali lagi.