LESTARI juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada YBhg. Prof. Dr. Mohd Raihan Taha di atas sumbangan, jasa dan khidmat yang membanggakan sebagai Pengarah LESTARI selama lima (5) tahun.
Sehubungan itu, pihak LESTARI mendoakan semoga Allah swt memberikan ganjaranNya atas segala usaha serta kebajikan yang telah Ybhg Prof. curahkan selama ini serta Ybhg. Prof. diberikan kesihatan yang baik. Kami yakin Ybhg. Prof. akan meneruskan usaha yang lebih gigih lagi dalam memberikan khidmat cemerlang kepada UKM.
Sekian, terima kasih daripada kami WARGA LESTARI.

