Kumpulan Teras Penyelidikan Mediasi Lestari

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengenalan

Penubuhan Kumpulan Teras Penyelidikan “Mediasi Lestari UKM”

Kumpulan penyelidikan TD-001-2014 mendapati bahawa mediasi merupakan salah satu pendekatan yang boleh memenuhi governans kelestarian yang baik, di samping terus merealisasikan hasrat ke arah pembangunan lestari Negara selaras dengan kehendak UKM sebagai Pendaulat Amanah Negara. Untuk memenuhi matlamat ini, satu kumpulan teras penyelidikan perlu ditubuhkan. Kumpulan ini bersetuju bahawa Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) adalah pihak yang paling tepat dan sesuai untuk membawa mandat ini. (Sila rujuk kepada gambar 22, 23)

Sehubungan dengan itu, LESTARI melalui Pusat Penyelidikan Sains dan Governans Kelestarian (SGK) telah menubuhkan Kumpulan Teras Penyelidikan “MEDIASI LESTARI UKM”.

Kumpulan teras ini adalah berdasarkan kepada governans kelestarian melalui pendekatan integrasi merentasi pelbagai disiplin ilmu. Demi pembangunan ekonomi, sosial dan persekitaran yang berhemah serta menyumbang kepada ilmu dari penyelidikan tersebut kepada pemegang taruh termasuklah kerajaan, masyarakat dan industri bagi meningkatkan tahap kelestarian dan kesejahteraan kualiti hidup.

Malah, kumpulan teras ini, merupakan suatu pelantar yang menyediakan peluang untuk meminimakan impak negatif ke atas ekonomi, sosial dan persekitaran bagi memenuhi fungsi penyelidikan, pembelajaran, jangkauan, kesepakatan, perundingan dan penerajuan dalam memudahcara perubahan gaya hidup lestari masyarakat dengan memupuk ilmu dan konsep governans kelestarian yang bersepadu, sambil memenuhi keperluan pembangunan lestari Negara selari dengan status UKM sebagai Pendaulat Amanah Negara.

Dalam governans kelestarian, ‘Good Governance’ iaitu governans yang baik merupakan perkara yang penting untuk merealisasikan hasrat ke arah pembangunan lestari Negara. Governans yang baik ini, mempunyai lapan (8) ciri utama iaitu:

1) Penyertaan/ Participatory

2) Persetujuan/ Consensus

3) Kebertanggungjawaban/ Accountability

4) Responsif/ Responsive

5) Keberkesanan dan Kelancaran/ Effective and Efficient

6) Keadilan dan Keterangkuman/ Equitable and Inclusiveness

7) Ketelusan/ Transparent

8) Kedaulatan Undang-Undang/ Rule of Law

Mediasi merupakan salah satu pendekatan yang memenuhi ciri-ciri di atas. Perkara ini jelas dipaparkan dalam peruntukan Akta Pengantaraan 2012 (Akta 749)/ Mediation Act 2012 (Act 749). Sehubungan dengan itu, kumpulan teras ini memberi fokus kepada isu-isu mediasi dan kelestarian yang merangkumi beberapa skop termasuklah:-

  • Komuniti Lestari
  • Ekosistem Lestari
  • Kelestarian Kesihatan
  • Kelestarian Warisan
  • Kelestarian Teknologi

 

Perancangan Mengikut KRA-UKM

KRA 1:    Pelajar Siswazah peringkat Sarjana/ PhD )

KRA 2:    Penyelidikan (Dana Penyelidikan IKLIN & JPNIN )

KRA 3:    Jaringan Kolaborasi Strategik dengan Perbadanan Putrajaya/ IKLIN/ JPNIN/ Majlis Sosial Negara/ Koperasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UNIKEB)

KRA 4:    Penganjuran Persidangan/ Seminar/ Bengkel – Mediasi Lestari

KRA 5:    Penjanaan Kewangan melalui Kursus/ Persijilan/ Khidmat Komersil Mediasi Lestari

KRA 6:    Prasarana melalui kolaborasi dan kerjasama dengan pihak JPNIN dan Perbadanan Putrajaya untuk menyediakan satu premis di Kompleks Kejiranan Presint 9 Putrajaya untuk tujuan Pusat Mediasi Komuniti Putrajaya yang berkaitan dengan komuniti lestari, dan; Prasarana melalui kolaborasi dan kerjasama dengan pihak Mediasi LESTARI, UKM dan UNIKEB untuk menyediakan satu lot premis di WISMA UNIKEB yang berkaitan dengan Mediasi Lestari.

 

Kelebihan Mediasi Lestari UKM

MEDIASI LESTARI UKM adalah satu-satunya kumpulan teras di IPTA yang menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:

  • Menunaikan tanggungjawab sosial dengan memberi khidmat Mediasi secara percuma kepada ahli masyarakat yang tidak mampu untuk menyelesaikan konflik yang dihadapi melalui proses mahkamah.
  • Menggalakkan penyelesaian konflik dengan cara harmoni dan damai yang sekaligus memupuk dan membina masyarakat harmoni di Malaysia.
  • Melatih dan melahirkan mediator komunti di kalangan ahli komuniti sendiri supaya konflik di kalangan komuniti diselesaikan oleh ahli komuniti dengan keilmuan dan kemahiran mediasi yang setara.
  • Membina Masyarakat Celik Mediasi.
  • Menyahut dasar kerajaan yang menggalakkan IPTA menjana pendapatan dengan menyediakan khidmat Mediasi secara komersial kepada pihak-pihak yang mampu membayar perkhidmatan tersebut.