- This event has passed.
TAYANGAN PERDANA FILEM PATRIOTIK SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN FAKULTI PERUBATAN UKM

Adalah dimaklumkan, pihak fakulti berbesar hati menjemput semua kakitangan yang berminat untuk menonton tayangan filem patriotik yang akan menggunakan projektor LCD baharu di Dewan Kuliah I, Bangunan Praklinikal, Fakulti Perubatan seperti berikut:
Tayangan Perdana Filem Patriotik Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Fakulti Perubatan
*Paskal (28 Ogos 2023 Isnin)*
*Tanda Putera (29 Ogos 2023 Selasa)*
*WAKTU : 12.30 Tengahari – 2.00 Petang*
*TEMPAT: Dewan Kuliah I, Tingkat 2 Blok Praklinikal, Fakulti Perubatan*
Untuk makluman, sempena menghayati filem tersebut penonton yang hadir akan diedarkan bertih jagung (popcorn) secara percuma!! Ayuh, jangan lepaskan peluang ini marilah bersama hadir beramai-ramai menyaksikan Tayangan Perdana ini.
Bagi kakitangan berminat, sila daftar di pautan berikut: https://t.ly/y0e4x
Pemakluman daripada Unit Pentadbiran & Kemudahan Fakulti Perubatan UKM.